Monday, May 13, 2013

Goodbye 20s and Hello to Fab 30!

 
Aku begitu terpanggil untuk membuat catatan mengenai diriku setelah membaca satu artikel di blog yang bertajuk " Why I'm Happy To Be 33, Single & Poor" pada beberapa hari yang lalu. Oleh yang demikian, sebelum aku meneruskan catatanku..thanx to my dear Petra kerana mengirimkan link artikel tersebut kerana ianya memberikan inspirasi yang begitu bermakna buat diriku yang akan menyambut ulang tahunku yang ke-30 dalam beberapa hari yang terdekat ini.
 
Ketika membaca artikel tersebut, fikiranku terus mengingati beberapa moment pada hari lahirku sebelum-sebelum ini. Aku pernah menyambutnya dengan meriah bersama rakan-rakan dan bersama keluarga. Walaubagaimanapun, aku juga pernah menyambut hari lahirku secara bersendirian. Off hand phone, off laptop dan duduk berseorangan merenung cermin dan menghakimi diri di dalam bilik sewaku. Mungkin itu dikatakan 'birthday blues' rasanya sehinggakan aku merasa berseorangan bertemankan air mata adalah lebih baik pada waktu tersebut.
 
Dan setelah beberapa ketika...akhirnya hari lahirku akan datang menjelang tiba dalam masa beberapa hari terdekat ini. Quince de Mayo adalah tarikh lahirku dan kali ini, aku tidak mahu merenung dan menganalisa perkara-perkara yang telah kucapai dan gagal kurealisasikan sepanjang hidupku. Aku tidak akan merenung diriku dihadapan cermin untuk menghakimi diriku lagi. This time, all I want to do is just accepting, enjoying and welcoming myself that will become 30 years old.
 
Selain itu, aku juga tidak akan berasa malu dengan setiap kegagalan yang kualami di sepanjang usahaku untuk mencapai impian ku. Mungkin aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal terhadap impian ku untuk mengumpul my first million, menggengam segulung ijazah sarjana dan menjelajah setiap negara di dunia sebelum aku berumur 30 tahun tetapi mungkin juga aku dapat mengatakan hello kepada impianku yang lain setelah mempelajari banyak perkara di sebalik kegagalan yang kutempuhi. Yang penting, hidup mesti positif dan sentiasa mensyukuri setiap perkara dan kejadian yang kita telah dan akan tempuhi.

Menghakimi sesuatu tanpa memahami dan menerima seadanya adalah kerugian terbesar manusia..

Life doesn't get easier, you just get stronger..

All izzz wellllll~~

Chaiyok chaiyok!!! ^____^v